Angka
Pada Lens Assalamualaiikum saudara Raaiman..!!! Saya adalah salah seorang dari peminat baru seni foto yang melayari laman web saudara. Tahniah saya ucapkan dan berharap usaha saudara dapat di teruskan agar peminat dan bidang senifoto tanahair dapat berkembang maju dan menjadikan laman web ini sebagai sumber rujukan kami. Saya sudah lama meminati bidang seni fotografi dan ingin menjadikan bidang ini sebagai salah satu hobi yang 'berfaedah'. Dan pastinya boleh mendatangkan keuntungan insyallah..!!! Saya ada satu soalan untuk saudara.. 1) Setiap lens ada nombor-nombor yang tercatit padanya untuk membezakan jenis-jenis nya. Seperti 35mm - 80mm f/4-5.6 III ( zoom standard ), 50mm f/1.4 usm ( lens standard ). Apakah yang di maksudkan dengan keseluruhan nombor-nombor tersebut ? (Contoh diatas diambil dari jenis lens Canon EF series ) Jawapan Terima kasih kerana menjadikan Alam Senifoto sebagai salah satu tempat rujukan anda. Harapan saya memang mahukan ilmu senifoto terus berkembang. Angka-angka yang anda maksudkan itu menandakan siri nombor untuk jenis lens. 35mm - 80mm f/4-5.6 adalah Zoom Lens yang bermula dari sudut Wide Angle (80mm) hingga Telephoto Lens (80mm.). Manakala angka f/4.5 adalah menandakan kekuatan Aperture untuk lens tersebut yang boleh memberikan bukaan sehingga f/4.5. Semakin besar keluasan lens (50mm) maka semakin luas Aperturenya. Contoh f1.4. Banyak lagi angka-angka yang terdapat pada Lens. Contohnya angka jarak meter atau kaki yang menentukan jarak jauh antara objek dan Focal Plane. Angka-angka ini penting jika anda ingin mengambil gambar yang sama jarak. Contohnya gambar satu bangunan yang dirakam waktu siang dan rakaman waktu malam pada jarak dan sudut yang sama. Begitu juga angka yang menandakan simbol Aperture. Sila rujuk bab Kamera dan alat tambahan bab Lens RaaiMan 04032001
|